E-learning (Tutorial Origami 1)
20 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 19 January 2020, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas E-Learning iaitu tutorial dalam menghasilkan origami haiwan menggunakan kertas warna dan A4. Seramai 5 orang peserta telah mengikuti kelas ini.
Tujuan kelas ini diadakan untuk mengisi masa lapang para perserta dengan aktiviti yang berfaedah. Para perserta juga berpeluang belajar sambil bermain dalam menghasilkan origami yang berbentuk haiwan menggunakan kertas. Peserta juga belajar menghasilkan origami dengan berpandukan video di YouTube. Peserta menghasilkan origami yang berbentuk haiwan rabit, serigala, katak dan burung. Kelas ini berlangsung selama 4 jam merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: