Program Digital And Me
7 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 6 November 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah dijemput Pusat Internet Komuniti Meradong untuk bersama-sama memyampaikan ceramah bertajuk Program Digital And Me di Perpustakaan Awam Bintangor. Program ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pengguna mengenai applikasi pembayaran secara atas talian dengan menggunakan telefon pintar. Antara contoh applikasi pembayaran bil dan e-dompet secara atas talian yang dipertengahkan ialah Boost, Sarawak Pay, Paybills Malaysia dan SEB Cares. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan asas ICT, membuat emel dan MySejahtera untuk mengalakkan para peserta mengimbas kod QR untuk memasuki sesebuah premis. Program ini berlangsung selama 3 jam bermula dari pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: