Microsoft Office Excel Dan Advokasi

19 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office Excel dan Advokasi. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Microsoft Office Excel dan mempelajari asas penggunaan Microsoft Office Excel membuat penggiraan ringkas iaitu membuat jadual. Peserta diajar untuk memasukkan data atau maklumat ke dalam Microsoft Excel. Peserta turut diajar untuk menggunakan fungsi-fungsi matematik yang sedia ada. Kelas diadakan selama 2 jam dari pukul 2.30 petang – 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali