Asas ICT dan Pengenalan Kepada Media Sosial

8 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Februari 2020, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Asas ICT dan Pengenalan Kepada Media Sosial di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama Sharifah Nur Nazirah mengenai asas ICT dan media sosial. Semasa kelas berlangsung, Sharifah juga berpeluang belajar mendalami bidang perniagaan dengan mengetahui kelemahan dan kelebihan perniagaan dengan menggunakan media sosial sebagai medium peniagaan. Kelas ini dapat membantu Sharifah memupuk dan menanam semangat keusahawanan dalam diri beliau sendiri. Kelas ini bermula pukul 8.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali