Permainan Atas Talian (E-Learning) Kahoot ICT Sesi 1

3 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Ogos 2020, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas permainan atas talian iaitu Kahoot Ict. Seramai 4 orang peserta menyertai kelas ini di dalam bilik latihan PI PPR Seduan. Tujuan kelas ini diadakan ialah mengisi masa lapang para peserta dalam belajar sambil bermain dalam mengenali asas komputer dan Advokasi. Permainan ini bertujuan menguji kefahaman para peserta dalam menjawab soalan di permainan atas talian Kahoot Ict. Kelas ini berlangsung selama 1 jam merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video Advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali