Permainan Atas Talian (E-Learning) Kahoot ICT
9 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 8 Mac 2020, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas permainan atas talian iaitu Kahoot ICT. Seramai 16 orang peserta menyertai kelas ini di dalam bilik latihan PI PPR Seduan. Tujuan kelas ini diadakan ialah mengisi masa lapang para peserta belajar sambil bermain dalam menjawab soalan di Kahoot tentang asas komputer, asas Microsoft Office dan asas Multimedia. Para peserta juga berpeluang belajar sambil bermain dalam menjawab soalan video berkaitan dengan Advokasi di Kahoot.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: