E-Learning (Permainan Atas Talian) Kahoot Kemerdekaan
24 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 23 September 2020, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas permainan atas talian iaitu Kahoot Kemerdekaan. Seramai 5 orang peserta menyertai kelas ini di dalam bilik latihan PI PPR Seduan. Tujuan kelas ini diadakan ialah mengisi masa lapang para peserta dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas kemerdekaan ini juga dapat menanam semangat patriotik dan semangat nasionalisme dalam diri setiap peserta semasa menjawab soalan tentang kemerdekaan. Kelas ini berlangsung selama 1 jam melibatkan aktiviti sampingan seperti tayangan video kemerdekaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: