E-Learning (Permainan Atas Talian) Kahoot

24 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 23 September 2020, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas permainan atas talian iaitu Kahoot. Seramai 5 orang peserta menyertai kelas ini di dalam bilik latihan PI PPR Seduan. Tujuan kelas ini diadakan ialah mengisi masa lapang para peserta dalam belajar sambil bermain dalam mengenali asas komputer, asas Microsoft Office dan asas Multimedia. Permainan ini bertujuan menguji kefahaman para peserta dalam menjawab soalan di permainan atas talian iaitu Kahoot. Kelas ini berlangsung selama 3 jam merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video Advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali