Pemasaran, Pengurusan Kewangan dan Jualan

22 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 November 2020, Pengurus Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah melatih Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang iaitu Puan Amylia mengenai Shopee. Puan Amylia diajar mengenai cara memasarkan barangan jualan beliau di Shopee. Puan Amylia juga diajar cara pembungkusan dan mengepos melalui aplikasi Shopee.

Selain itu, Puan Amylia turut diajar mengenai pengurusan kewangan dan jualan sekiranya berlaku transaksi antara penjual dan pembeli. Melalui pengurusan kewangan dan jualan, Puan Amylia juga tahu dimana hala tuju duit keluar masuk berserta keuntungan yang beliau dapat. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula dari pukul 2 petang sehingga 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali