MyCensus Dan Advokasi

20 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah menerima kedatangan seorang peserta untuk mempelajari cara mengisi banci penduduk dan perumahan 2020 secara atas talian melalui laman sesawang Mycensus. Peserta dibimbing oleh staf Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang untuk membuka laman sesawang tersebut menggunakan pelayar dan juga diajar untuk mengisi butiran peribadi.

Butiran peribadi yang diisi adalah sebagai langkah bancian yang kini dilakukan secara atas talian bagi mengelakkan pertemuan bersemuka dengan pembanci bagi mengawal merebaknya wabak Covid-19. Aktiviti sokongan seperti KDB dan Advokasi mengenai kempen “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong” turut dilakukan oleh staf Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang bagi memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya tidak menyebarkan berita dan maklumat palsu di laman sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali