Permainan Atas Talian (E-Learning) ProProfs Merdeka
16 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 15 Ogos 2020, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas permainan atas talian iaitu Proprofs Merdeka. Seramai 5 orang peserta menyertai kelas ini di dalam bilik latihan PI PPR Seduan. Tujuan kelas ini diadakan ialah mengisi masa lapang para peserta dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas kemerdekaan ini juga dapat menanam semangat patriotik dan semangat nasionalisme dalam diri setiap peserta. Peserta juga berpeluang belajar sambil bermain dalam menyelesaikan jigsaw puzzle (Malaysia Prihatin) dan cari perkataan tentang kemerdekaan (word search) di laman sesawang Proprofs. Kelas ini berlangsung selama 1 jam melibatkan aktiviti sampingan seperti tayangan video kemerdekaan dan advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: