Basic Shopee Seller Course

11 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 November 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang mengikuti Train The Trainer untuk program Basic Shopee Seller Course. Para peserta bagi program ini didedahkan dengan cara membangunkan kedai di Shopee untuk memulakan perniagaan. Para peserta turut didedahkan asas-asas yang patut para peserta ketahui untuk menjalankan perniagaan secara talian. Para peserta turut diajar cara mendapatkan penghantaran secara percuma yang ditawarkan oleh pihak Shopee, menjana pendapatan dengan Shopee dan pelbagai lagi untuk membangunkan perniagaan di kedai Shopee. Latihan in diadakan dari pukul 9.30 pagi sehingga 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali