Tik Tok Hari Malaysia (Sesi 2)
4 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 3 September 2020, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan aktiviti dan kelas sempena Hari Malaysia. Aktiviti yang dijalankan adalah dengan mengadakan aktiviti pengambilan video dengan menggunakan aplikasi Tik Tok. Melalui kelas ini para peserta melibatkan diri dengan membuat video Tik Tok bertemakan “Penghayatan Kemerdekaan Dalam Norma Baru”. Para peserta turut belajar menggunakan aplikasi Tik Tok untuk menghasilkan video yang bermanfaat serta dapat memupuk semangat cinta kepada negara dalam kalangan peserta. Peserta terdiri daripada 3 orang dan berlangsung selama 1 jam dari pukul 3.30 petang sehingga 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: