Mesyuarat Sidang Video Menarik Di Sibu
8 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniPada 7 Jun 2020 yang lepas, ahli jawatankuasa kluster Menarik Di Sibu telah mengadakan satu mesyuarat atas talian bagi membincangkan arah tuju Menarik Di Sibu untuk tahun 2020. Mesyuarat ini diadakan secara persidangan video atas talian melalui aplikasi WhatsApp. Antara yang menyertai persidangan video atas talian ini adalah Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Sibujaya, Bawang Assan, Kg. Bandong, Rantau Panjang, Seduan Rantau Panjang dan Tamin. Persidangan video ini dilakukan selaras dengan SOP PKPB dan norma baharu yang meminta agar tiada perhimpunan dilakukan kecuali secara atas talian.
Antara isu yang berbangkit di dalam mesyuarat tersebut adalah hala tuju 2020 bagi kluster Menarik Di Sibu, kewangan kluster, peranan baru di dalam page Facebook Menarik Di Sibu dan rancangan Menarik Di Sibu yang telah disesuaikan mengikut norma baharu. Melalui mesyuarat ini juga diharap agar ahli jawatankuasa kluster dapat memberi impak yang baru dan standing dengan impak sebelum wabak COVID-19 melanda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: