E-Learning (Cyber Patrol) Dan Advokasi

9 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas E-Learning permainan Cyber Patrol. Tujuan kelas ini diadakan untuk mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah. Peserta juga berpeluang belajar sambil bermain dalam menyelesaikan misi dalam permainan Cyber Patrol ini. Dalam permainan ini, peserta diminta menjawab soalan asas komputer, advokasi dan Microsoft Office Powerpoint.

Kelas ini berlangsung selama 1 jam bermula dari pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali