Kuiz Asas ICT

5 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kuiz Asas ICT secara online dengan menggunakan Google Form sebagai medium kuiz sebagai norma baharu Covid-19. Melalui kuiz Asas ICT ini, para peserta diberi pendedahan tentang komponen-komponen yang terdapat di dalam komputer. Kuiz Asas ICT ini dibuka selama 2 jam dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali