Bual Bicara Peranan PEDi
13 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada Rabu 12 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Bual Bicara mengenai Peranan PEDi melalui Facebook. Sepanjang program tersebut, masyarakat telah diberi sedikit penerangan berkaitan apakah itu PEDi. Selain daripada itu juga, masyarakat diberi penjelasan tentang beberapa peranan PEDi kepada masyarakat dan komuniti setempat. Penerangan ini bagi membantu komuniti setempat tentang peranan PEDi bagi membantu komuniti ke arah pendigitalan. Pelbagai cara PEDi masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital. meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar serta membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: