Cara Buka Akaun Semasa Maybank Tanpa Introducer (SME First Account-i)

12 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah memuat naik video ringkasan ke laman rasmi Facebook PIK PPR Seduan Rantau Panjang bertajuk Cara Buka Akaun Semasa Maybank Tanpa Introducer (SME First Account-i). Dalam video ini, pengguna telah diberi tunjuk ajar tentang penggunaan sistem SME First Account-i bagi tujuan membantu peniaga membuat penyata akaun dengan lebih efisyen kerana dapat mengasingkan akaun personal dengan akaun perniagaan. Pada mula video, staf telah memberi pengenalan tentang fungsi utama sistem SME First Account-i dan cara untuk mendaftarkan di laman website Maybank. Setelah itu, staf menunjukkan langkah-langkah yang perlu dibuat dalam pendaftaran akaun dan dokumen yang wajib dibawa kepada pihak bank dalam masa 10 hari untuk pendaftaran penuh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali