Kelas Microsoft Office Word

8 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 7 April 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office Word. Kelas ini bermula pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang merangkumi aktiviti seperti penerangan apa itu Microsoft Office Word kegunaannya dan cara menggunakannya dengan betul. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama peserta dalam mempelajari asas Microsoft Office Word. Semasa kelas berlangsung, peserta telah diberikan tajuk “tentang saya” untuk melatih peserta belajar secara lebih mendalam menggunakan Microsoft Office Word. Selain itu peserta turut didedahkan advokasi mengenai buli siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali