Canva

18 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Julai 2021, satu perkongsian mengenai Canva telah diadakan pada pukul 2.30 petang sehingga 3.30 petang. Perkongsian ini dibuat menggunakan video sempena norma baharu pada masa sekarang dengan menggunakan platform Facebook PIK PPR Seduan Rantau Panjang. Melalui video yang disediakan, penonton didedahkan dengan cara membuat akaun Canva sehingga cara membuat poster. Selain itu, penonton boleh menggunakan Canva sebagai applikasi untuk membuat poster ataupun logo perniagaan masing-masing. Canva mempunyai pelbagai jenis pembuatan poster, logo, bunting dan banyak lagi serta senang untuk digunakan oleh semua lapisan pengguna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali