Maklumat Palsu

10 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat 9 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Perkongsian Advokasi Maklumat Palsu melalui Facebook disebabkan bekerja dari rumah (WFH). Sepanjang program tersebut, masyarakat telah diberi sedikit penerangan berkaitan dengan Maklumat Palsu dimana kebanyakkan masyarakat sekarang sering kali menyebarkan maklumat palsu tanpa usul periksa dari sumber yang sahih. Selain daripada itu juga, masyarakat didedahkan jenis dan kesan Maklumat Palsu. Selain itu, masyarakat disarankan untuk berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu dan berkongsi maklumat yang tidak tepat di media sosial bagi membendung penyebaran maklumat palsu yang semakin berleluasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali