Usahawan KC GOLDSMITH

15 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2021, Staf Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah menemubual seorang Usahawan Emas KC GOLDSMITH iaitu Puan Belinda Denis. Beliau merupakan seorang suri rumah dan mempunyai tiga orang anak. Disebabkan kerana minat untuk menjadi usahawan dan berpendapatan sendiri, Beliau telah menyertai menjadi seorang agen Emas berdaftar dengan KC GOLDSMITH sejak dari tahun Januari 2020. Pada mulanya beliau hanya mempunyai beberapa orang pelanggan sahaja tetapi setelah beliau menemui cara mempromosikan produk melalui media sosial seperti Facebook , Instagram dan WhatApp kini pelanggan beliau makin bertambah setiap hari. Dengan kecekapan beliau mengurus masa dan pelanggan kini beliau mampu untuk menyimpan sebanyak RM300-RM500 sebulan hasil daripada Komisen penjualan Emas tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali