Kuiz Advokasi (Buli Siber)
17 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kuiz Advokasi berkenaan Buli Siber secara online dengan menggunakan Google Form sebagai medium kuiz sebagai norma baharu Covid-19. Melalui kuiz Advokasi Buli Siber ini, para peserta diberikan pendedahan tentang apa itu Buli Siber, ciri-ciri Buli Siber dan langkah-langkah pencegahan. Pautan kuiz Advokasi Buli Siber ini dibuka selama 2 jam dari pukul 3.15 petang sehingga 5.15 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: