Talk Show Bersama Pekerja Sektor Swasta
19 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 Jun 2021, satu taklimat ringkas mengenai Koperasi Koperkasa telah diadakan dengan menggunakan Google Meet. Taklimat yang berlangsung selama hampir satu jam ini disampaikan oleh wakil Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad (KOPERKASA) iaitu Encik Muhammad Yunus Asri. Taklimat ini turut dihadiri oleh wakil Pusat Internet Komuniti Tanjung Manis dan Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang.
Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad (KOPERKASA) telah ditubuhkan pada 6 September 1949 dengan keanggotaan seramai 124 orang. Sehingga kini keanggotaan KOPERKASA telah berkembang sehingga hampir mencecah 25,000 orang anggota dengan milikan aset bernilai kira-kira RM237 juta yang bersamaan dengan kira-kira 50% daripada jumlah aset di seluruh koperasi di negeri Sarawak.
Objektif utama koperasi ini adalah untuk menyediakan fasiliti kewangan kepada anggota untuk mengatasi masalah kewangan, meningkatkan taraf pembangunan sosio ekonomi dan yang paling utama adalah untuk menggalakkan amalan menyimpan.
KOPERKASA menawarkan pelbagai kemudahan pembiayaan khas untuk anggota iaitu Pembiayaan Peribadi, Pembiayaan 100%, Pembiayaan Pembelian Alat & Barangan, Pembiayaan Kenderaan, Pembiayaan Kebajikan, Pembiayaan Pendidikan dan Pendidikan Pelancongan (termasuk untuk mengerjakan Umrah). Selain pembiayaan, KOPERKASA juga menawarkan pelbagai sumbangan dan insentif yang bermanfaat kepada anggota-anggotanya.
Untuk mengembangkan perniagaannya, KOPERKASA turut menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan lain iaitu Perkasa Ar-Rahnu (untuk anggota dan juga terbuka untuk orang ramai), penjualan motosikal, penjualan pelbagai barangan elektrik, penyewaan premis, perhotelan, pembangunan hartanah dan pelaburan di mana keuntungan yang diperolehi daripadanya akan diagihkan kepada anggota melalui dividen dan bonus tahunan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: