Poster Hari Kebangsaan

22 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah memuat naik hasil karya poster peserta Hari Kebangsaan ke laman rasmi Facebook PIK PPR Seduan Rantau Panjang yang bertajuk Poster Hari Kebangsaan 2021. Perkongsian program ini dibuat melalui atas talian bagi mengurangkan risiko penyebaran virus Covid-19. Program Poster Hari Kebangsaan ini adalah untuk memupuk semangat cintakan kepada negara tambahan lagi untuk memperingati kisah perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan negara Malaysia. Di harap program poster Hari Kebangsaan yang dibuat menerusi atas talian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada peserta yang menghasilkan karya sendiri dengan begitu kreatif dan akan mengasah bakat peserta pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali