Advokasi Sexting

23 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 22 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Perkongsian Advokasi Sexting melalui Facebook. Sepanjang program tersebut, masyarakat telah diberi sedikit penerangan berkaitan Sexting iaitu tindakan menghantar foto, mesej atau video lucah menggunakan telefon bimbit. Ia termasuklah penghantaran foto provokatif atau seksual di internet. Terdapat remaja yang melakukan sexting secara sukarela, dan terdapat juga yang melakukannya atas desakan teman lelaki atau teman wanita atau rakan-rakan. Kadang-kala, foto diambil tanpa pengetahuan seseorang dan disebarkan kepada orang lain. Ini juga dianggap sexting. Sesetengah orang menganggap sexting sebagai satu gurauan. Namun, ia boleh menyebabkan gejala sosial dan menyalahi undang-undang.Sebagai pengguna socmed, Fikir dahulu sebelum bertindak. Kandungan yang dimuatnaik ke internet boleh kekal lama dan tersebar dengan cepat. Ingat, sexting adalah menyalahi undang-undang. Jangan sebarkan foto lucah atau menyimpannya dalam telefon atau komputer. Katakan “TIDAK” jika seseorang meminta anda untuk mengambil atau menyebarkan foto lucah. Jangan malu untuk berbincang dengan orang dewasa yang anda percaya atau ibubapa anda sekiranya anda dipaksa melakukan sesuatu di internet. Jika anda berasa kesal kerana pernah menghantar foto atau mesej yang berunsurkan lucah, dapatkan nasihat daripada orang dewasa yang anda percaya atau ibubapa anda. Diharap Komuniti setempat lebih peka mengenai pekara ini agar dapat membendung masalah pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali