Bual Bicara Jaku Sempama Bahasa Iban
24 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada Rabu 23 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Bual Bicara Jaku Sempama Bahasa Iban melalui Facebook. Sepanjang program tersebut, masyarakat telah diberi sedikit penerangan berkaitan Jaku Sempama Iban beerti Peribahasa dalam bahasa Malaysia. Selain daripada itu juga, masyarakat diberi penjelasan tentang beberapa jenis peribahasa ataupun Jaku Sempama dalam bahasa iban. Penerangan ini bagi membantu komuniti setempat mengenai Jaku Sempama yang merupakan dialek Komuniti Iban untuk memahami Jaku Sempama. Jaku Sempama ini memberikan sedikit maklumat kepada komuniti setempat dengan bahasa yang jarang telah digunakan lebih lebih lagi remaja yang kurang pendedahan pasal Jaku Sempama Iban. Diharap Komuniti pada masa akan datang akan lebih mempraktikan Bahasa Asal setempat dengan lebih jayanya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: