Taklimat Program RAKYATpreneur 2.0

12 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mei 2021 yang lepas, wakil daripada Bank Rakyat telah mengadakan satu taklimat berkenaan dengan Program RAKYATpreneur 2.0 di mana program ini adalah untuk membantu golongan usahawan asnaf. Taklimat ini dipengerusikan oleh Pengurus Pusat Internet Komuniti Pasir Pandak iaitu Encik Zubir. Taklimat yang berlangsung selama hampir satu jam ini disampaikan oleh wakil daripada Bank Rakyat iaitu Encik Zulhiszam. Program ini merupakan salah satu inisiatif daripada Bank Rakyat untuk membantu golongan asnaf untuk berniaga dan menjual produk mereka.

Bimbingan dan suntikan dana akan diberikan kepada semua peserta yang layak untuk program ini. Antara syarat kelayakan adalah berstatus asnaf, berusia 18 tahun dan ke atas, telah beroperasi minimum selama 6 bulan dan produk yang dijual hendaklah patuh Syariah. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada para Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti seluruh Sarawak berkenaan program ini supaya dapat menjayakan inisiatif ini dengan lebih berkesan. Peranan Pusat Internet Komuniti adalah untuk memberi perkongsian mengenai program ini kepada sesiapa yang layak dan membantu mereka untuk menyertai program ini dari segi pendaftaran, maklumat dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali