Sembang-Sembang ASNB : Kuasai Kewangan Anda : Perancangan Pelaburan

28 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat 27 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah menyertai Program Sembang-Sembang ASNB : Kuasai Kewangan Anda : Perancangan Pelaburan yang diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Zoom. Program ini telah disertai oleh Pusat Internet Komuniti zon Sarawak dan komuniti masing-masing.

Penceramah Encik Izmir Mohammad dan Encik Mohd Zakie Alwi telah memberikan penerangan mengenai perancangan pelaburan yang dapat dibuat di ASNB termasuklah punca-punca permasalah akibat tidak pandai menguruskan sumber kewangan. Selain itu, penceramah turut menerangkan tip-tip menguruskan kewangan dengan berkesan dalam tempoh yang panjang. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula dari pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali