Pengenalan Kepada Shopee

29 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan bengkel Pengenalan Kepada Shopee di laman Facebook Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang. Bengkel ini sangat membantu kepada sesiapa yang ingin mula berniaga secara atas talian dengan mudah dan menarik. Selain itu, bengkel kali ini turut menunjukkan tutorial setiap langkah agar peserta yang menonton faham dan jelas ilmu yang hendak disampaikan. Terdapat tutorial yang menarik dilakukan seperti cara mendaftar akaun Shopee, cara mengedit gambar muka hadapan atau barangan jualan kedai penjual Shopee dan cara memasukkan produk baru untuk dijual. Secara konklusinya, bengkel Pengenalan Kepada Shopee ini dapat memberi manfaat yang banyak kepada peserta terutamanya kepada yang ingin berniaga secara atas talian lebih-lebih lagi pada musim pandemik Covid-19 ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali