Sistem Perlesenan Perniagaan Di Bawah Majlis Daerah Matu dan Daro

20 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Julai 2021, satu bual bicara mengenai Sistem Perlesenan Perniagaan Di Bawah Majlis Daerah Matu dan Daro telah diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi StreamYard. Bual bicara ini telah berlangsung hampir 2 jam bermula dari pukul 10.30 pagi. Seramai 15 orang telah menghadiri bual bicara ini. Bual bicara ini diketuai oleh Ketua Seksyen Kesihatan, Perlesenan dan Perkhimatan Bandar Majilis Daerah Matu Maro iaitu Encik Apohrozy Ezrie Eallie.

Encik Apohrozy telah menerangkan pelbagai jenis lesen serta permit yang boleh di mohon oleh para usahawan. Selain itu, Encik Apohrozy turut menerangkan pelbagai jenis kesalahan oleh usahawan semasa mengambil lesen sama ada untuk usahawan baru ataupun usahawan yang sedia ada. Di samping itu, banyak soalan telah ditujukan kepada Encik Apohrozy berkenaan pengambilan lesen ini semasa bual bicara ini berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali