Microsoft Office Word Dan Advokasi
2 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 1 Februari 2021, Pusat Intenet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas membuat surat rasmi. Kelas ini dihadiri seorang peserta. Peserta diberi penerangan ringkas tentang format surat rasmi. Peserta diajar format surat rasmi seperti membuat alamat pengirim, nama dan alamat penerima, garis panjang melintang, tarikh, panggilan hormat penerima, perkara, isi-isi, nama dan alamat pengirim dan pengakuan tandatangan pengirim.
Sebelum kelas tamat, taklimat advokasi turut diselitkan bagi memberi kesedaran kepada peserta untuk sentiasa berhati-hati semasa menggunakan internet. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: