Advokasi Cyber Grooming

8 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 7 Mei 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Perkongsian Advokasi Cyber Grooming melalui Facebook. Sepanjang program tersebut, masyarakat telah diberi sedikit penerangan berkaitan dengan cyber grooming dimana generasi pada masa kini banyak menghabiskan masa di atas talian dengan wujudnya internet. Selain daripada itu juga, masyarakat diberi penjelasan tentang beberapa jenis cyber grooming seperti mesej yang menganggu dan mengancam atau menyamar menjadi orang lain. Selain itu, kesan-kesan dan langkah untuk membendung cyber grooming turut diterangkan sepanjang perkongsian tersebut. Sebagai tambahan masyarakat turut diingatkan untuk mengetahui apakah tip pencegahan untuk mengelakkan cyber grooming berlaku disamping menjaga etika ketika menggunakan kemudahan yang terdapat di internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali