Digital Competency Score Kolaborasi Bersama SK Rantau Panjang (Sesi 3)

12 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang dengan kerjasama SK Rantau Panjang telah mengadakan Program Digital Competency Score (DCS) yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 3 orang murid dan seorang guru SK Rantau Panjang telah terlibat dalam program ini. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta bagi menjawab soalan dalam bentuk atas talian (online) dengan menggunakan DCS (Digital Competency Score) yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan program advokasi mengenai keselamatan semasa melayari internet. Diharap kerjasama seperti ini akan terus terjalin pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali