Microsoft Office Excel
23 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office Excel. Kelas ini juga bertujuan untuk memberi pengenalan kepada peserta tentang Microsoft Office Excel memandangkan peserta sebelum ini tidak pernah menggunakan Microsoft Office Excel. Peserta telah diajar mengenal fungsi dan cara menggunakan Microsoft Office Excel. Dalam kelas ini, peserta telah didedahkan dengan cara asas menghasilkan jadual menggunakan Microsoft Office Excel. Antara butang yang diketengahkan dalam kelas ini adalah seperti fungsi butang font color, fill color, merge, add sheet, rename sheet dan sebagainya. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: