Mengurus Jejak Digital Anda
19 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada Khamis 18 November 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Perkongsian Advokasi Mengurus Jejak Digital Anda melalui Facebook. Sepanjang program tersebut, masyarakat telah diberikan pendedahan mengenai cara menguruskan Jejak Digital peranti sendiri bagi membuatkan kata laluan yang kukuh supaya tidak senang dibuka atau digodam oleh induvidu yang tidak bertanggungjawab. Selain daripada itu juga, masyarakat diberi penjelasan tentang kepentingan cara mengurus jejak digital sendiri bagi kepentingan masyarakat dialam siber. Selain itu, kesan-kesan dan langkah untuk berinteraksi dan berkomunikasi di internet secara berhemah turut diterapkan kepada masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: