Multimedia (Latar Belakang Telus)

22 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah menjalankan kelas asas multimedia untuk membuat latar belakang gambar menjadi telus. Kelas ini disertai oleh seorang peserta dimana peserta diajar cara membuat latar belakang gambar menjadi telus dengan menggunakan laman sesawang Lunapic dan Focodesign. Penggunaan dua laman sesawang ini dapat memberikan penerangan dan pemahaman yang lebih mendalam kepada peserta. Selain daripada itu, peserta juga turut diberikan taklimat ringkas advokasi. Kelas ini dijalankan bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali