Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti

22 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2021 yang lepas, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah berkolaborasi dengan beberapa Pusat Internet Komuniti di sekitar daerah Sibu untuk mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam lagi tentang pembudayaan budaya baharu dalam komuniti. Taklimat telah disampaikan oleh pembantu kesihatan awam (PKA Julau U19) iaitu Encik Mason Stanislaus. Sepanjang taklimat berlangsung, beliau telah memberi penerangan tentang pembudayaan norma baharu dalam komuniti bagi pencegahan daripada Covid-19.

Dalam sesi taklimat ini, beliau telah menerangkan secara ringkas jenis-jenis Corona Virus yang wujud, konsep pembudayaan norma baharu yang menggunakan pendekatan iaitu Cegah, Amalkan, Patuhi, Pantau (CAPP), peranan komuniti sebagai fronliner untuk bagi membantu kerajaan, apa yang kita perlu lakukan semasa PKP dan PKPP, dan cara menggunakan aplikasi MySejahtera untuk menyemak kawasan yang berisiko jangkitan. Taklimat yang telah diadakan bertujuan supaya para Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti serta komuniti setempat mendapat lebih kesedaran tentang Covid-19 disamping menjaga diri dengan betul demi mengawal covid-19. Sesi yang berjalan selama hampir satu jam ini adalah menerusi aplikasi Google Meet memandangkan pada ketika ini, Peritah Kawalah Pergerakan masih berjalan dan arahan untuk bekerja dari rumah telah dikeluarkan bagi menjamin keselamatan para petugas PIK namun begitu, ini bukanlah alasan yang menghalang para peserta daripada memperoleh ilmu yang bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali