Kelas Multimedia Powtoon

7 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mei 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Multimedia Powtoon. Kelas diadakan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Peserta yang menyertai Kelas Multimedia Powtoon ini dengan tujuan untuk memahirkan diri dengan perisian Powtoon. Peserta diberi tugasan untuk membuat animasi menggunakan perisian Powtoon dengan menghasilkan jalan cerita yang bebas berkaitan kehidupan peserta sendiri. Peserta turut diterangkan menggunakan Powtoon seperti langkah-langkah untuk membuat animasi pergerakan watak untuk lebih menarik serta kreatif. Selain itu, aktiviti sokongan seperti Advokasi turut dilakukan bagi memberi pendedahan penggunaan internet secara positif kepada peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali