Tutorial Membuat Surat Rasmi

17 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 16 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Tutorial Membuat Surat Rasmi melalui Facebook. Sepanjang program tersebut, masyarakat telah diberi sedikit penerangan berkaitan cara asas menggunakan Microsoft Office Word untuk membuat surat rasmi. Selain daripada itu juga, masyarakat diberi tunjuk ajar untuk cara membuat surat rasmi menggunakan Microsoft Office Word. Perkongsian ini juga dapat memberi sedikit ilmu kepada masyarakat dan komuniti setempat tentang fungsi surat rasmi dan sebagainya. Diharap komuniti setempat dapat memahami cara membuat surat rasmi bagi memudahkan urusan sendiri pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali