Pengenalan Teknologi Aplikasi Whatapps Web

25 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 24 Februari 2021 jam 8.30 pagi sampai 10.30 pagi , Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Program Pengenalan Teknologi Aplikasi Whatapps Web. Objektif program adalah untuk berkongsi kepada komuniti terutamanya kepada pelajar sekolah rendah dan menengah berkaitan penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran atas talian dengan memperkenalkan Whatsapp Web bagi memudahkan proses pembelajaran semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Kelas dimulakan dengan mendedahkan penggunaan akaun gmail untuk pembelajaran secara dalam talian. Seterusnya, pelajar diperkenalkan dengan aplikasi whatapps web menerusi carian google di internet. Peserta diajar untuk menyambungkan peranti telefon bimbit ke komputer menggunakan kaedah mengimbas kod di paparan whatapps web. Setelah bersambung, peserta diajar untuk menekan url link yang disediakan oleh pihak guru bagi mengakses ke dalam google classroom bagi mendapatkan nota serta latihan yang dimuatnaik di platform berkenaan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali