Cara memindahkan data Microsoft Excel ke Microsoft Word (sijil)

8 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 7 September 2021, satu perkongsian mengenai cara memindahkan data Microsoft Excel ke Microsoft Word (sijil) telah diadakan pada pukul 9.30 pagi. Perkongsian ini dibuat menggunakan video sempena norma baharu pada masa sekarang dengan menggunakan platform Facebook PIK PPR Seduan Rantau Panjang. Melalui video yang disediakan, penonton didedahkan dengan cara memindahkan data Microsoft Excel ke Microsoft Word (sijil) langkah demi langkah untuk memudahkan penonton memahami cara melakukannya. Selain itu, dengan adanya video ini dapat menjimatkan masa sekiranya ingin membuat sijil tanpa membuat satu demi satu sijil dengan menggunakan Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali