Kelas Resume
10 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada Rabu 9 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan sesi Perkongsian Kelas Resume untuk komuniti PPR Seduan. Kelas Resume ini dihadiri seorang ahli PEDi PPR Seduan. Perkongsian ini dibuat kerana ingin mengambil inisiatif untuk membantu warga komuniti sekitar PPR Seduan Rantau Panjang membuat Resume dengan lebih menarik dan berkongsi mengenai templat resume yang sering digunakan pada masa kini. Inisiatif ini memudahkan warga komuniti untuk memohon pekerjaan dimana komuniti kurang ilmu mengenai cara membuat resume. Perkongsian ini juga dapat memberikan manfaat kepada masyarakat untuk memudahkan lagi urusan mereka mencari peluang pekerjaan pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: