Kelas Job Employability (SPA, SPP & E-Recruitment)
11 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada Rabu 10 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Bimbingan iaitu modul Job
Employability bersama dengan seorang ahli PEDi. Di dalam sesi Kelas Bimbingan ini, staf PEDi PPR Seduan telah berkongsi mengenai:
- Cara mendaftar dan membuka akaun laman web E-Recruitment/SPA&SPP.
- Cara mendaftar Sarawak ID bagi tujuan pendaftaran akaun E-Recruitment.
- Penerangan mengenai jawatan-jawatan yang ada di dalam senarai E-Recruitment, SPA dan SPP.
- Penerangan mengenai jenis laman web portal cari kerja atas talian yang lain selain daripada portal Kerajaan.
Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar dapat berkongsi ilmu dan kemahiran yang ada kepada ahli PEDi dan komuniti serta berharap semoga kelas yang disampaikan bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: