Kursus Latihan Pengendalian Makanan
13 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 November, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah menganjurkan Kursus Pengendali Makan yang bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Kursus tersebut dijalankan secara atas talian dan semasa kursus berlangsung telah disertai oleh 11 orang peserta yang majoritinya yang tinggal di kawasan Flat PPR Seduan. Semasa kursus secara atas talian berlangsung, 9 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut telah hadir ke PEDi PPR Seduan Rantau Panjang dan 2 orang peserta telah menyertai kursus atas talian itu di rumah masing-masing.
Kursus ini sangat berguna terutamanya bagi peserta yang bercadang membuka gerai makanan. Kursus tersebut merupakan syarat wajib untuk individu menjalankan perniagaan seperti gerai makanan dan restaurant. Diharapkan dimasa akan datang akan lebih ramai peserta menyertai kursus seperti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: