Advokasi Panggilan Palsu

14 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis 13 Januari 2022, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Perkongsian Advokasi Panggilan Palsu Anda melalui Facebook. Sepanjang program tersebut, masyarakat telah diberikan pendedahan mengenai cara menguruskan atau menghindari dari panggilan palsu supaya tidak kena tipu oleh pihak yang tidak bertanggunjawab. Selain daripada itu juga, masyarakat diberi penjelasan tentang kepentingan cara mengurus panggilan palsu sendiri bagi kepentingan masyarakat. Selain itu, kesan-kesan dan langkah untuk membendung dari panggilan palsu turut diterapkan kepada masyarakat agar lebih behati hati pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali