Kelas Asas Bahasa Inggeris ( Improve Your English Grammar)

16 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas secara bersemuka bersama-sama dengan seorang pelajar iaitu ahli PEDi PPR Seduan. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran penggunaan tatabahasa dalam bahasa Inggeris dikalangan pelajar. Pelajar turut diberikan beberapa tips bagaimana untuk meningkatkan tatabahasa Inggeris mereka antaranya adalah seperti membaca, menulis,membuat kuiz dan juga membuat rundingan idea kendiri serta belajar dari maklum balas yang diterima. Selain itu pelajar turut di minta untuk membaca ayat yang terdapat di video dan gambar yang ditayangkan bagi menguji tahap kemahiran bahasa Inggeris pelajar. Pada akhir kelas, staf PEDi telah mengadakan kuiz secara atas talian melalui aplikasi Quizizz.com bagi menguji tahap penguasaan tatabahasa pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali