Train the Trainer Open Broadcaster Software or OBS

13 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis 12 Februari 2022, Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengikuti kursus Train the Trainer Open Broadcaster Software or OBS yang berlangsung selama dari jam 10 pagi sampai 1 petang bagi sesi 1 dan jam 2 petang sampai 4 petang bagi sesi 2. Kursus ini telah diajar oleh Pengurus PEDi Semenyih. Objektif kursus ini dibuat ialah Berkongsi kepakaran dan kemahiran berkomunikasi kepada kakitangan Pusat Ekonomi Digital yang lain, Mempelajari penggunaan asas perisian OBS Studio dan sebagai latihan tahunan kepada kakitangan Pusat Ekonomi Digital . di penghujung sesi kursus ini semua penolong pengurus diminta untuk menyiapkan tugasan seperti apa yang telah dikongsikan oleh pengajar kursus sebagai latihan kendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali