Taklimat Kesedaran Bahaya “Scam” dan Akaun Tumpang Bersama Bank Rakyat Matang Jaya

18 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Program ini dibuat melibatkan beberapa orang warga kerja Pusat Ekonomi Digital Zon Sarawak dan peserta luar. Program ini dijalankan atas talian sahaja. Program ini bermula pada jam 930 pagi dan berakhir pada jam 1030 pagi. Program anjuran bersama Bank Rakyat Matang Jaya dan Pusat Ekonomi Digital Zon Sarawak bertujuan dan bermatlamat bagi mendedahkan kepada masyarakat amnya mengenai bahayanya “scam” dan akaun tumpang. Pelbagai input dan video telah dikongsi bersama oleh Puan Norazlin binti Satar iaitu Pegawai Eksekutif Cawangan Bank Rakyat Matang Jaya mengenai perkara tersebut. Kelebihan program ini ialah dapat membuka mata masyarakat atau komuniti amnya bahawa penipuan atau “scam” merupakan jenayah komersil yang serius dan boleh membawa kepada kemudaratan kepada mangsa penipuan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali