Kelas Asas ICT dan Advokasi Buli Siber

19 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan mengadakan Kelas ICT dan Advokasi Buli Siber bersama 2 orang pelajar sekolah menengah daripada komuniti setempat iaitu adik Daniel dan Mellisa. Di dalam kelas tersebut, para pelajar telah didedahkan dengan pengenalan alat dan komponen-komponen yang ada secara asasnya di dalam komputer. Selain itu, mereka turut diperkenalkan dengan beberapa jenis perkakas atau peranti seperti mesin pencetak, tetikus, papan kekunci dan lain-lain. Selain itu, mereka turut didedahkan dengan jenis rangkaian jaringan komputer iaitu Local Area Network (LAN), Metropolitan Area Network (MAN) dan World Area Network (WAN). Para pelajar telah diterangkan tentang maksud dan bagaimana jenis rangkaian ini berfungsi secara analoginya. Di samping itu, staf PEDi turut menyelitkan sesi ringkas advokasi bersama dengan para pelajar ini dan antara tajuk yang telah dikongsikan bersama ialah Buli Siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali